Tuduhan terhadap Israel Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila

Berita penyembelihan tersebut tersebar melalui media seluruh dunia. Berikutan kontroversi itu, pihak Israel membentuk Suruhanjaya Penyiasatan yang diketuai oleh bekas Hakim Agung Kahan. Laporan tersebut termasuk bukti daripada kakitangan tentera Israeli, termasuk juga tokoh politik, dan pegawai Phalange. Dalam laporan ini, diterbitkan pada musim bunga 1983, Suruhanjaya menyatakan bahawa tidak terdapat bukti unit Israeli terbabit dalam penyembelihan secara langsung, tetapi ia adalah sepenuhnya dilakukan oleh Elie Hobeika dan orang-orangnya. Bagaimanapun, Suruhanjaya Kahan merakamkan bahawa kakitangan tentera Israeli telah menyedari mengenai penyembelihan yang berlaku beberapa kali tanpa melakukan sebarang tindakan serius untuk menghentikannya, dan juga laporan mengenai penyembelihan sedang berlaku dilaporkan kepada menteri kabinet Israeli. Ia mencadangkan bahawa Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon berhenti atau dipecat dan juga mengutuk serta mencela beberapa pegawai perisikan dan tentera.

Yang lain tidak bersetuju dengan laporan tersebut:

"Pembunuhan beramai-ramai itu bukan merupakan tindakan membalas dendam terhadap pembunuhan Bachir Gemayel yang dilakukan secara spontan tetapi merupakan satu operasi yang telah dirancang terlebih dahulu bertujuan memberi kesan terhadap perpindahan beramai-ramai rakyat Palestin daripada Beirut serta bahagian-bahagian lain di Lubnan. Penglibatan Israel dalam pembunuhan terhadap rakyat Palestin telah mewujudkan satu corak perjuangan politik yang mengusutkan melalui tindakan keganasan massa terhadap orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua."

Beberapa pihak seperti Noam Chomsky dan Robert Fisk telah mendakwa bahawa pihak Israeli memang menyedari akan kejadian pembunuhan beramai-ramai itu. Selain itu, mereka mempertikaikan bahawa terdapatnya anggota PLO di dalam kem-kem berkenaan, seperti dakwaan (1) laporan Suruhanjaya Kahan bahawa IDF telah menghantar 150 Phalangist untuk menentang 2,000 anggota PLO (satu ciri taktik ketenteraan yang lemah) dan (2) pihak Phalangist cuma kehilangan dua nyawa, sesuatu yang mustahil dalam pertempuran yang berlanjutan selama 36 jam yang melibatkan 2,000 pejuang yang cukup berpengalaman [FT]. Beberapa pihak membantah analisis yang dilakukan oleh Chomsky dan menganggapnya sebagai sesuatu yang subjektif berdasarkan pandangan politik beliau yang dianggap sebagai radikal.

Bagaimana pun, para pengkritik mempunyai pelbagai bantahan terhadap pandangan berkenaan. Menurut mereka, Israel tidak pernah mendakwa kesemua anggota PLO (berbanding pejuang Fatah) bersenjata atau cuba mengatur pertahanan; dalam kejadian-kejadian sebelumnya, pihak Phalangist telah dipanggil untuk menyaring anggota PLO daripada kumpulan Lubnan yang lain. Phalangist menunjukkan sikap yang baik dalam kes-kes seumpama ini. Tambahan pula, Israel menyatakan bahawa Panglima Medan Phalangist, Elie Hobeika, pada ketika itu telah mempunyai hubungan dengan Syria (beliau secara terbuka berpaling tadah seketika kemudian). Ini menunjukkan bahawa beliau mungkin telah merencanakan penyembelihan itu sebagai provokasi politik terhadap sekutu Israeli beliau (satu tindakan yang tidak asing bagi dirinya). Akhirnya, Israel menekankan bahawa tentera Israeli tidak pernah menerima sebarang perintah (dalam kejadian ini atau yang lainnya) yang boleh menyebabkan kematian di pihak orang awam yang tidak bersenjata.

Namun begitu, Israel telah memberikan perakuan secara bertulis bahawa ia akan melindungi orang awam Palestine, kerana itu telah menjadi tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa sebagai kuasa penakluk.

Berikutan dengan pilihan raya Sharon 2001 untuk jawatan Perdana Menteri Israel, satu saman telah dikemukakan di Belgium berkenaan peranannya dalam peristiwa penyembelihan Sabra dan Shatila. Mahkamah Agung Belgium memutuskan pada 12 February, 2003, bahawa Sharon (dan yang lain, antaranya adalah Yaron) boleh disabitkan di bawah tuduhan ini. Pengkritik saman ini menuduh bahawa ia di lakukan untuk tujuan politik. Israel bertindak balas dengan bising "furor" terhadap keputusan ini dan mempersoalkan hak mahkamah Belgium untum membicarakan kes ini, walaupun rakyat Israel yang membawa kes (tidak berkenaan) pada mahkamahyang sama terhadapPalestin. Ramai yang mendapati mamlumat dalam saman itu memeranjatkan "disturbing". Sebahagiannya berasaskan pada maklumat Suruhanjaya Kahan (Kahan commission) yang tidak pernah dibebaskan kepada umum (bahagian lapuran yang disita) tetapi diberikan kepada pendakwa Belgian oleh sumber Israel.

Perincian kes Belgian boleh di dapati di http://www.indictsharon.net (laman web tidak rasmi aktivist).